Hari nie satu malam aku tak tidur sebab belek2 segala laman sesawang, forum discussion dan macam-macam web yang aku jumpa untuk buat review pasal motor yang akan aku beli nanti sebab aku dah tak larat nak bela motor wave125R aku yang asyik meragam. Memang dah lama teringin nak beli motor baru, tapi atas beberapa faktor yang tak dapat di elakkan terpaksalah tangguh dulu.
Memang banyak forum dan web yang bg spesifikasi yang menarik pasal motor-motor nieyh. hinggakan aku jadi pening untuk memilih mana yang berkenan di hati. bagi aku biarlah berbaloi dengan harga. sebab aku nak pakai ni bukan untuk short term. bagi aku sesebuah motor yang aku nak pilih biar boleh dibawa jalan jauh, saving dan yang paling penting bergaya.
ok lah, hari nie aku nak share sikit pasal-pasal motor 150 yang terdapat kat malaysia sekarang nie.
(sebab aku memang nak angkat 150 pun)
FZ150i/YZF-R15
Nie adalah model FZ 150i yang terdapat di Malaysia. pada asalnya datang dengan lampu bulat. tapi model yang baru nie datang dengan lampu bujur. model nie boleh dikatakan bergaya, cuma handle macam basikal. dari sudut lain, memang satu pilihan tepat untuk pengguna yang pentingkan gaya dan penjimatan. FZ menggunakan Fuel injection system yang tak memerlukan penggunaan kaburator dan sekaligus menjimatkan minyak. Dan model ini mempunyai liquid Coolen (LC) yang pasti sesuai untuk jalan jauh. tetapi atas dasar keselamatan dan kesesuaian. HLYM telah meletakkan cutoff dkt ecu yang membuatkan FZ hanya boleh mencapai kelajuan 140/KMh standard.

nie pulak model YZF-R15. model dalam kategori YZF-R1. nie sebenarnya model FZ150i di India. Cuma Perbezaan dari segi fearing. Model ini datang dalam set fullfearing sama macam model YZF yang lain. dari segi gaya motor nie memang nampak garang dan bergaya.
SUZUKI BELANG
ni pulak model Belang dari Suzuki. berkapasiti 150 juga. tapi dari gaya lebih kepada Moped. Model ini datang dengan Dua-silinder iaitu menggunakan dua piston, yakni menambahkan kuasa pemecutan. System enjin motor ini boleh di set. sama ada mahu memilih set ekonomi di mana RPM tidak boleh melebihi 4x1000rpm++, atau lagi 1 aq tak ingat. Dan kalau ditutup system nie. RPM boleh diperah melebihi 10++ untuk pemecutan berkuasa. Amat berkuasa tapi kurang bergaya. menggunakan air coolen. tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh sekiranya korang jenis yang suka merembat sepanjang jalan.
KAWASAKI KIPS 150RR
Ha, ini pulak model KIPS 150RR keluaran kawasaki. menggunakan Engin 2stroke, dan sistem single silinder dan sistem Kips yang memastikan penunggangan yang seimbang dan berkuasa. tapi yang pasti model nie datang dengan Liquid Coolen sama seperti FZ150. Model ni menjadi pilihan pemuda-pemuda zaman sekarang yang sukakan kelajuan. Almaklumlah, RXZ dan 125z sudah di berhentikan pengeluaran. So, inilah pengganti dua model yamaha nie. :D
HONDA CBR150R
nie model cbr150r adik beradik kepada Model CBR sedia ada. dari segi gaya agak kurang sedikit kerana body yang kecil dari depan nampak ala-ala motor masked rider tapi dari tepi nampak macam superbike pun ade. menggunakan system 4stroke dengan single silinder dan liquid coolen sesuai untuk perjalanan jauh dan berkuasa. mempunyai 6kelajuan. tangki minyak yang berkapasiti 10liter. dari segi kelajuan motor nie boleh dikatakan tip-top juga, tapi dari segi gaya aku kureng sikit la. tapi boleh dikatakan dalam senarai juga lah :D
KAWASAKI KLX150
nie model KLX 150. sebenarnya aku tak tahu sangat pasal motor nie dan malas nak buat review. motor nie dalam kategori motor off-road tapi amat bergaya jika di pakai on the road. aku dah tgk, memang style. tapi dari segi kelajuan tak tahu la. memang bergaya, aku pernah bayangkan aku tunggang moto nie dengan pakai helmet fullface die, seluar short jeans, tshirt, glove dan sneakers+beg memang style beb. ditambah dengan ekzos nobi untuk buat bising. fuh!
hahaha. ok lah sampai sini je lah celoteh aku pasal motor nie. bukan pandai sangat pun. just nak berkongsi pendapat. kalau rasa-rasa ada yang salah, sila luangkan masa untuk comment kayh :D





No comments:
Post a Comment
I Think...