Setelah hampir setahun perkara tu berlalu, kini perasaan itu kembali menghambat...
Aku teringat lagi kisah yang berlaku setahun lepas, bagaimana aku mula mengenali si dia. Walaupun aku tak nafikan bahawa dia yang mula membuka bibit-bibit perkenalan dan kemesraan antara kami. Atas dasar ingin menolong kawannya, tapi dalam masa sama dia juga mempunyai perasaan terhadap aku.
teringat lagi aku pada malam itu...
kau menghantar sms mengatakan hajat untuk mengenali diriku, walaupun aku agak curiga kerana menyangka bahawa kawan-kawanku hanya bergurau. Tetapi aku beranikan diri untuk bertemu dengan kau. Masih kau ingat di Pasar Malam itu? Aku mula jatuh hati kepada kau.
Keesokkan harinya,
aku ponteng sekolah untuk bertemu dengan kau. walaupun aku sepatutnya berada di sekolah memandangkan aku merupakan bakal calon STPM 2011, tapi atas dasar sayang aku akhirnya korbankan masa demi kau. Di tepi padang itu, kau dan aku mula mengikat tali perhubungan walaupun kau baru sahaja kecewa dengan perhubungan sebelum ini yang baru saja terputus dan aku cuba untuk mengisi kekosongan dan cuba untuk membahagiakan kau.
Kalau kau tahu...
Semenjak dari hari tu, aku sentiasa terfikirkan akan dirimu. Kemana saja aku pergi, aku akan teringatkan kau. Rupa kau, lenggok badan kau dan bau haruman apple perfume yang sentiasa bermain di fikiran aku. Hatta, kalau aku tidur, aku akan mimpikan kau. Perasaan aku terhadap kau memang kuat.
Setiap hari, aku masuk lewat ke sekolah dan menanti kau dengan setia untuk menemani kau ke kelas menjahit dan setiap hari juga aku akan keluar awal untuk menanti kau pulang dan menemani kau pulang ke rumah. Kau ingat? masa aku kemalangan dulu? Walaupun dengan badan luka-luka dan sakit selepas kemalangan, aku masih mampu pulang dengan segera untuk temankan kau pulang kerana bagiku luka dan lebam tak penting kerana kau lebih penting.
Setiap hari kita lalui dengan bahagia, walaupun adakala bertikam lidah. tapi itu semua adat dalam percintaan.
Hari itu, kau menyatakan bahawa kau di terima masuk di sebuah kolej di Melaka. Aku pun turut bergembira bagi kau, walapun aku risau akan pemergian kau ke sana. Dengan berat hati, aku melepaskan kau demi masa depan kau.
Suatu hari di sekolah...
Aku terbaca di akhbar terdapat jualan barang kemas pada harga yang agak menarik. Masa itu aku terfikirkan kau, memandangkan aku tak pernah memberi hadiah kepada kau sebab aku sendiri tak mampu. Dari hari itu, aku nekad untuk membelikan kau cincin itu walau apa pun yang terjadi. Aku ingin memberikan kau kejutan.
Akhirnya, aku ditawarkan bekerja sebagai buruh. Mungkin kasar dan meletihkan tapi bagi aku semua itu sedikit berbanding apa yang aku akan dapat berikan untuk kau. Setiap hari aku menempuh lumpur dan bahaya di hutan, bekerja keras untuk membelikan kau cincin itu dan mengharapkan agar kau bahagia. walaupun aku bersekolah, aku masih boleh bekerja selepas waktu persekolahan untuk memastikan apa yang aku inginkan tercapai.
Akhirnya, tanpa ku sangka. Kelalaian ku dalam membuat kerja membuatkan kaki ku terbelah akibat terkena mesin penebang pokok itu. Paha aku terbelah hingga menampakkan ototku. Dalam kesakitan, aku pergi ke hospital dan di sana aku cuba menghubungi kau, tetapi tak berjawab. aku cuba untuk memberitahu keadaan aku. Hanya keesokan harinya kau menghubungi aku semula. Aku agak kesal tetapi masih dapat memaafkan kau kerana memikirkan bahawa mungkin kau sibuk dengan pelajaran kau.
Hampir dua bulan lebih aku tak berjumpa dengan kau...
Akhirnya, aidilfitri menjelma. Dengan perasaan berkobar-kobar. Aku menjemput kau datang ke rumah untuk bertemu kedua ibu-bapaku. Tetapi kau menolak dengan alasan bahawa kau sibuk dengan sanak-saudarakau. Aku akur sahaja, masuk hari raya ke-2 dan ke-3. Kau tetap memberi alasan yang sama dan apabila aku ingin bertandang kerumah kau, kau menghalang. Kau memberi seribu alasan.
Akhirnya....
Kebetulan kawan aku bercinta dengan anak sedara jiran bersebelahan rumah kau dan dia mengajak aku bertandang kerumah makcik kekasihnya itu. Lantas dari situ, baru aku tahu kebenaran bahawa kau menolak dan memberi alasan walhal kau berseronok dengan kawan-kawan kau. Dengan perasaan sedih aku meminta diri dan menunggu di hadapan rumah kau. Menanti dengan penuh sabar. Akhirnya, kau keluar dengan bersiap-siap untuk bersama kawan-kawan kau. Padahal, kau mengatakan bahawa kau sibuk di rumah melayan tetamu.
Aku cuba mendapatkan penjelasan dari kau. Tapi kau kembali memarahi aku. Kau tau betapa sedihnya aku? Dengan senang kau mengatakan bahawa kau ingin putus kerana kau telah berubah hati. Oh, senangnya kau mengucapkan ayat itu. Kau sendiri lihat betapa sayangnya aku dekat kau hingga aku menangis dihadapan rakan-rakan kau dan rata-rata mereka mengenali kau. Oh saat itu, aku jadi bodoh kerana terlalu sayangkan kau. Aku mengekori kau hingga ke rumah. Cuba untuk menyelamatkan hubungan aku dan kau. tapi ternyata kau terlalu keras hati.
Tiap-tiap malam aku duduk termenung dan menangis mengenangkan kau. Perasaan aku tertekan, hingga ibuku datang dan cuba memujuk aku. Selama seminggu aku cuba menenangkan perasaan hati ini. Akhirnya, perasaan itu dapat dikawal. walaupun sukar untuk aku lupakan kau. setiap kali melalui rumah kau, aku akan melihat samada kau ada di rumah.
Akhirnya aku sedar betapa bodoh aku boleh jadi untuk seorang perempuan yang tak pandai menghargai diri aku ini. Aku juga berjanji untuk tidak menyayangi perempuan seperti aku menyayangi kau dulu. Aku berjaya.
Selepas setahun perasaan seperti itu menghilang...
Kini perasaan itu kembali, tapi bukan untuk kau. Tetapi untuk orang lain. Berkenalan di laman mukabuku, walaupun dia jauh dari aku tetapi aku terasa suatu tarikan yang menjadikan aku sentiasa merindui dia, sentiasa risau akan dirinya, dan keinginan hati untuk hidup bersamanya. Hari-hari aku terasa kosong kalau si dia tidak menghantar pesanan ringkas atau menghubungiku. Oh tuhan, inikah yang dikatakan cinta? kalau betul kau jauhkan lah ia dari aku untuk tempoh yang yang lama. bukan aku cuba menghindar tetapi takut luka lama berdarah kembali. Biarlah cinta itu untuk si dia yang bergelar isteri. Cukuplah dengan keperitan yang aku rasakan. Lebih baik aku menyendiri dari aku memainkan perasaan perempuan walaupun ada terlintas di hatiku untuk membalas dendam terhadap insan yang bergelar perempuan. Moga-moga kau temukan aku dengan cinta sejati.
Yang Benar,
Syazwan Mukhizan









































