Tuesday, 27 September 2011

This Is My 'BIG FAMILY'

Ok, walaupun belum ada yang follow blog aku. tapi aku still berminat nak tulis pasal bosan. haha.
erm, hari nie aku nak story pasal family aku. Family aku nie kira besar juga la. terdiri daripada seorang ayah, seorang mak, 10adik beradik (patut sebelas, tapi seorang meninggal) dan seorang adik angkat.

Memang selalu orang cakap family yang besar itu meriah. Memang meriah! bermacam-macam ragam dan kerenah. walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, tapi itu semua yang pasti akan dirindui.

MY SUPERHERO, MY DADDY
nie ayah aku. ayah yang hebat. Pernah mengembara hampir separuh dunia. walaupun dia garang, tapi seorang yang penyayang. Sentiasa mengingatkan aku bahawa jangan terlalu mengejar dunia hingga lupakan akhirat. Tak pernah bosan mengingatkan aku agar tak melalaikan solat walau dimana pun jua. Mengalas tugas sebagai seorang pegawai polis di istana negara.





MY IDOL, MY MOM

Ok, now story about my mom. aku tak dapat nak upload gambar untuk diletakkan disini kerana USB problem. So, cukup setakat aku ceritakan. Mak aku nie memang aku respect gila.  Macam mana agaknya perit-jerih mak aku membesarkan anak-anak dia nie yang nakal dan degil dari lahir sampai lah da besar panjang dan bekerjaya. Mak aku nie seorang suri rumah tetap, walaupun kuat berleter. tapi semua tu untuk kebaikan aku dan adik-beradik aku. Seorang mak yang penyayang. Akan selalu bagi nasihat bila tengok anak-anak dia dalam kesedihan dan sentiasa bergembira bila anak-anak berjaya. I LOVE U MOM!

MY SIBLINGS

Okey, sekarang story pasal adik beradik aku pulak.

nie abang aku, azam a.k.a along. Die nie seorang yang unpredictable. Memang sukar dijangka. ada keazaman yang tinggi. Dan seorang peminat superbike macam aku. Dia dan kawan-kawan dia memang seorang yang on the spot. Jenis suka buat sesuatu tanpa dirancang. Dia nie pakai motor Yamaha FZ150i. Walaupun motor 150i sahaja tapi kemana sahaja dorang boleh sampai bila dorang nak. contohnya. hari tuh, tengahari lepak-lepak, tengah malam da sampai ke perak, pastu pagi tu pukul 6 da sampai ke KL. Die nie memang seorang rider berjiwa tegar. haha
ni pula abang aku no 2. Shahmi a.k.a angah@Don. seorang yang sentiasa cool. tapi dalam-dalam cool die tu, jangan di jentik weyh. die nie salah seorang abang aku yang mengikut jejak langkah ayah aku sebagai seorang polis. bertugas di sempadan. die nie juga seorang trader yang tegar dan jenis yang suka ambil risiko. Dia nie seorang yang bijak tetapi jenis yang suka mengikut kata hati. tapi aku memang respect kat dia.
haa. nie dia musuh tradisi aku. abang aku no 3. Shadiq a.k.a Uda. Dia nie seorang pun ikut jejak langkah ayah aku juga, mewarisi bidang kepolisan. seorang yang gila-gila dan kadang-kadang menyakitkan hati. menjadi musuh no 1 aku. sering bergaduh pasal hal-hal kecil dengan aku. Tapi kadang-kadang baik juga lah. Dia nie asalnya mat rempit sejati, tapi dah kurang atau stop terus itu aku tak pasti lepas jadi polis nie. Memang aku tak sangka yang dia akan jadi polis juga, walhal dulu tak pernah pula dia sebut pasal nak jadi polis.
Okey, nie lah aku. Syazwan a.k.a Iwan. Owner blog nie. aku anak yang ke-4. Nak cerita pasal aku taklah banyak pasal. Aku seorang yang berjiwa rider macam along aku. Aku suka akan segala benda pasal motor. aku seorang yang happy go lucky, tetapi kadang-kadang panas baran. ramai budak kt sekolah kata muka aku menakutkan. well, xtau pulak kenapa. mungkin sebab aku jarang senyum kowt bila jumpa orang. Erm, bukan sengaja, tapi takut nanti orang salah anggap pulak. haha. sorry guys.
nie adik aku. anak yang kelima. Sayyid. dia nie merupakan adik yang paling suka bercerita. tapi kadang-kadang cerita dia tu menyakitkan hati dan kelakar. suka mengampu abang-abang dia dan merupakan adik ynag paling disayangi oleh along aku. Sekarang nie dia belajar di Sekolah Menengah Teknik Kajang mengambil aliran vokasional sama macam abang aku shadiq tuh. Bila balik je dari asrama, macam-macam ragam je yang dibawak. memang xsunyi bila dia ada.
Nie adik perempuan aku. My only sister lepas adik perempuan aku yang bongsu meninggal. Nama dia siti Munirah, pelajar tingkatan 4 di SMK Bandar Tasik Selatan. Die nie seorang yang degil, maybe terikut-ikut dengan abang-abang dia. Owh, dia nie kembar kepada sayyid. Walaupun dulu dia xboleh berenggang dengan sayyid tapi sekarang dah macam anjing, dengan kucing. asyik nak bercakar je. Dia nie anak kesayangan ayah aku dan dijaga oleh abang-abangnya. Kalau sesiapa nak test mengadjust, silakan kalau berani nak makan kaki oleh abang-abangnya. Dia nie memang di Banned dari bercouple. kalau tahu dia ade couple ke siaplah pakwe die.


Okey cukuplah sampai disini dulu bercerita pasal family aku. nanti aku akan sambung lagi. penat mata mengadap pc nieyh. adoi. hahaha.... nanti aku akan cerita pasal adik-adik aku yang laen... till then c ya :D

Monday, 26 September 2011

KAMI DAN STPM

Nak bercerita pasal STPM yang aku dan budak2 yang sewaktu dengan aku akan hadapi pada bulan 11 nie.

erm, nak mula camne ea?

Ok, firstly aku nk cakap yang STPM nie boleh tahan susahnya. terutama bagi yang 'kureng' study macam aku. ramai orang cakap yang STPM nie termasuk dalam kategori peperiksaan yang paling susah dkt asia.
Dkt Malaysia dorang panggil STPM tapi dekat luar dorang panggil A-Level atau advance level. Kalau tak silap SPM dorang panggil O level atau Ordinary level.

Sebenarnya dulu tak pernah terlintas kat kepala aku nie nak masuk Pra-U/Form 6. Tapi disebabkan aku xmemohon kat mana2 n atas desakan mak bapak aku. terpaksalah hadapi juga stpm nie :D
(asalnya ingat nak terus kerja)

STPM nie xmacam Spm, kalau Spm dan Pmr segala urusan peperiksaan diuruskan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia. Tapi Stpm nie di handle oleh Majlis peperiksaan Malaysia.
MPM nie kire mmg untuk handle peperiksaan Stpm kt malaysia nie. tapi aku pun xsure samada MPM nie turut meng'handle' exam untuk U atau Kolej yang ade kt malaysia nie. lantaklah, itu kerja dorang.





Owh, yang kedua nak cerita pasal mata pelajaran STPM nieyh. tapi aku cerita matapelajaran yang aku ambil je lah. Aku dan kawan2 ambil matapelajaran Sejarah, Ekonomi, Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Dengar macam sikit kan? bagi yang xpernah masuk form 6 atau xabes form 5 mungkin ingt sikit n senang je. tapi yang dah pernah masuk Pra U nie, boleh pecah kepala :D

Bermula dengan mata pelajaran sejarah, Sejarah tingkatan 6 nie terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Tamadun Dunia, Sejarah Asia, Tamadun Islam dan Sejarah Malaysia.
Fuh, mse first-first dulu aku rasa macam senang je. ye lah, pasal ape yang ada dekat dalam buku nie hampir 60% kita pernah belajar dari form 1 sampai form 5. Tp bila da start belajar mau tercabut kepala otak aku nak hafal segala isi-isi, detail tarikh, nama-nama, tempat dan macam-macam lagi. Setakat nak hafal nama tu xde lah masalah sangat, tapi bab-bab nak hafal tarikh tu yang pedih. terutama tarikh lahir. contohnya, tarikh lahir sahabat rasulullah s.w.t. memang kalau korang study last minit confirm korang fail.

Lepas tu, ekonomi pula. Ekonomi yang kita belajar di tingkatan 5 dan 4 hampir serupa, tapi macam yang tertulis dekat buku tu. itu cuma asas sahaja. Ekonomi tingkatan 6 nie terbahagi kepada dua, iaitu mikro dan makro. Mikro nie merangkumi segala aspek ekonomi diri sendiri atau isi rumah sahaja. manakala Makro nie merangkumi segala aspek ekonomi dunia. masa form 5 dulu aku belajar ekonomi terasa senang saja. paling kuat pun kene hafal faktor pengeluaran, kira-kira kos, jenis-jenis ekonomi. Dah masuk tingkatan 6 nie nak kene hafal segala formula KDNK, KNK, bla,bla,bla... aduh, jenis aku dah la malas nak membaca. sumpah menyampah! hahaha

Ok, Pasal pengajian Am. Matapelajaran nie tak la susah mana tapi still susah kalau tak rajin membaca dan tak pernah ambil tau hal semasa. Bagi yang baru nak mmcuba tingkatan 6, pengajian am nie pasal apa saja yang berbentuk pengetahuan Am. Contohnya, perlembagaan Malaysia, undang-undang, sistem-sistem mahkamah, majlis raja-raja dan lain-lain. Lebih kurang ape yang korang baca kat paper. tu la general knowledge. ok malas cerita pasal nie. Next!

Lastly, pasal Bahasa Malaysia. Sebagai orang Melayu yang selalu bertutur bahasa Melayu aku merasakan bahasa Malaysia nie agak senang. tapi ternyata Jauh Rossi, Dari Ferarri. haha. memang konsep bahasa Malaysia lebih susah bila kita belajar secara mendalam, untunglah aku masuk tingkatan 6 nie pasal dari situ dah buka mata aku pasal bahasa Melayu. tapi secara umumnya aku bangga berbahasa Melayu. Lingua Franca beb.

Owh, aku terlupa nak cerita pasal muet. muet nie singkatan kepada Malaysia University English Test. Tapi cikgu kt sekolah aku panggil Malaysia University Entering Test. kata dia la. Muet nie sama saja macam english yang selalu kita belajar. cume terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu reading, speaking, listening dan writing. xsusah, cume difficult je :P

Okey, sekarang nie dah bulan 9. tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk Stpm. Bulan 10 dah start muet exam. So, kebanyakannya pelajar Pra-U dalam mood study hard. kalau tak study hard memang membazir masa belajar setahun setengah. macam aku masih lagi mencari mode study hard aku. misi aku masuk pra-u nie memang nak masuk U. kalau xnak masuk U serupa aku duk rumah tidur. buang masa pergi sekolah.


Setelah hampir 13 tahun menghadapi zaman persekolahan akhirnya tiba masa untuk kami meninggalkan zaman persekolahan buat kali yang kedua. memang tak dinafikan yang zaman persekolahan, zaman yang menyeronokkan. dengan gelagat kawan-kawan, cikgu, rotan, awek-awek yang comel-comel dan yang pasti baju sekolah la. zaman sekolah tak banyak tekanan, tak hantar assignment pun xeffect markah final. hahaha..
memang aku akan rindukan zaman persekolahan.




P/S: Korang yang belum lagi habis SPM aku sarankan korang try amek STPM, seronok beb :D





Friday, 23 September 2011

Pasal Blue Rider nieyh.

Ow yea aku ada mention pasal ape aku pilih nama blue rider nie kan?

First of all,
aku nak cakap yang aku minat gile untuk riding. kadang-kadang kalau ride moto dkt 5jam-6jam xpernah bosan. terutama sekali kalau konvoi :D terasa angin highway. fuh, tgkp lentok beb.
tapi kalau hujan memang bawah jambatan la jawabnya. terus terang aku cakap yang aku memang xminat drive, pasal bosan and stress giler kalau JAM!

secondly,
aku peminat setia blue. bukan cerita BLUE. tapi warna biru.
pasal tu aku minat giler kat Chelsea walaupun skrg chelsea dah down.
ow yeah, forgot to mention. aku bawak moto wave 125 model R warna biru. :D
moto yang banyak menyusahkan aku.
manja giler! asal cakap nak jual je tercabut sana tercabut sini. urgh! pening pale. xpe2 xlama je lagi. :D
ow, aku juga minat dengan sport. terutama sekali GP. very addicted.

aku pun pantang kalau nmpk superbike lalu depan mata. mulalah hati aku rasa terbakar. dengar bunyi ekzos die. fuh! gugur jantung beb! Gentle cerita, memang orang yang bawak superbike nampak lagi garang dari yang pakai kereta. nak kata harga, orang yang pki superbike lagi kaya. pasal harga moto n kete jauh beza siot :D hahaha

ops, nanti sambung lagi. membe den suda panggil :D

Stressed out!

Urgh! pening gile lah dengan code and embed nie --'
walaupun dulu aku pernah ade myspace n pernah buad bende2 cmnie.
tp da lme sgt tak buad sume lupe.

adoi, satu mlm search sana sini nak letak lagu.
tp sampai sudah xdapat2 letak.
profile pic pulak tagkap muat je dri FB sng.
nak snap, nnt2 la. :D xsempat lg.

updated later

Hello :D

Hey, Whats up. :)
Ini bukan first time aku buat blog, masuk nie dah dekat 3blog aku buat, yang sebelum nie semuanya tahan sehari di sebabkan terlalu busy :) lagipown sebelum nie xde internet kt rumah, malas nak update kat CC.

Well,
mesti korang pelik kn kenapa name blue rider, tp semuanya black n dark kt page aku nie?
its already state up there that i have blog before but never update. and this page still underconstruction.
n my profile pic also not upload yet. well, i will continue tomorrow. malam nie x sempat :D
(coz im still noob about blogging :)
keep giving me support to continue on blogging and please give me guide :D

btw, esok aku akan sambung cerita kenapa aku pilih blue rider.
ok, tido dulu. esok nak pegy repair moto :D
nites :)