Nak bercerita pasal STPM yang aku dan budak2 yang sewaktu dengan aku akan hadapi pada bulan 11 nie.
erm, nak mula camne ea?
Ok, firstly aku nk cakap yang STPM nie boleh tahan susahnya. terutama bagi yang 'kureng' study macam aku. ramai orang cakap yang STPM nie termasuk dalam kategori peperiksaan yang paling susah dkt asia.
Dkt Malaysia dorang panggil STPM tapi dekat luar dorang panggil A-Level atau advance level. Kalau tak silap SPM dorang panggil O level atau Ordinary level.
Sebenarnya dulu tak pernah terlintas kat kepala aku nie nak masuk Pra-U/Form 6. Tapi disebabkan aku xmemohon kat mana2 n atas desakan mak bapak aku. terpaksalah hadapi juga stpm nie :D
(asalnya ingat nak terus kerja)
MPM nie kire mmg untuk handle peperiksaan Stpm kt malaysia nie. tapi aku pun xsure samada MPM nie turut meng'handle' exam untuk U atau Kolej yang ade kt malaysia nie. lantaklah, itu kerja dorang.
Bermula dengan mata pelajaran sejarah, Sejarah tingkatan 6 nie terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Tamadun Dunia, Sejarah Asia, Tamadun Islam dan Sejarah Malaysia.
Fuh, mse first-first dulu aku rasa macam senang je. ye lah, pasal ape yang ada dekat dalam buku nie hampir 60% kita pernah belajar dari form 1 sampai form 5. Tp bila da start belajar mau tercabut kepala otak aku nak hafal segala isi-isi, detail tarikh, nama-nama, tempat dan macam-macam lagi. Setakat nak hafal nama tu xde lah masalah sangat, tapi bab-bab nak hafal tarikh tu yang pedih. terutama tarikh lahir. contohnya, tarikh lahir sahabat rasulullah s.w.t. memang kalau korang study last minit confirm korang fail.
Lepas tu, ekonomi pula. Ekonomi yang kita belajar di tingkatan 5 dan 4 hampir serupa, tapi macam yang tertulis dekat buku tu. itu cuma asas sahaja. Ekonomi tingkatan 6 nie terbahagi kepada dua, iaitu mikro dan makro. Mikro nie merangkumi segala aspek ekonomi diri sendiri atau isi rumah sahaja. manakala Makro nie merangkumi segala aspek ekonomi dunia. masa form 5 dulu aku belajar ekonomi terasa senang saja. paling kuat pun kene hafal faktor pengeluaran, kira-kira kos, jenis-jenis ekonomi. Dah masuk tingkatan 6 nie nak kene hafal segala formula KDNK, KNK, bla,bla,bla... aduh, jenis aku dah la malas nak membaca. sumpah menyampah! hahaha
Ok, Pasal pengajian Am. Matapelajaran nie tak la susah mana tapi still susah kalau tak rajin membaca dan tak pernah ambil tau hal semasa. Bagi yang baru nak mmcuba tingkatan 6, pengajian am nie pasal apa saja yang berbentuk pengetahuan Am. Contohnya, perlembagaan Malaysia, undang-undang, sistem-sistem mahkamah, majlis raja-raja dan lain-lain. Lebih kurang ape yang korang baca kat paper. tu la general knowledge. ok malas cerita pasal nie. Next!
Lastly, pasal Bahasa Malaysia. Sebagai orang Melayu yang selalu bertutur bahasa Melayu aku merasakan bahasa Malaysia nie agak senang. tapi ternyata Jauh Rossi, Dari Ferarri. haha. memang konsep bahasa Malaysia lebih susah bila kita belajar secara mendalam, untunglah aku masuk tingkatan 6 nie pasal dari situ dah buka mata aku pasal bahasa Melayu. tapi secara umumnya aku bangga berbahasa Melayu. Lingua Franca beb.
Owh, aku terlupa nak cerita pasal muet. muet nie singkatan kepada Malaysia University English Test. Tapi cikgu kt sekolah aku panggil Malaysia University Entering Test. kata dia la. Muet nie sama saja macam english yang selalu kita belajar. cume terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu reading, speaking, listening dan writing. xsusah, cume difficult je :P
Okey, sekarang nie dah bulan 9. tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk Stpm. Bulan 10 dah start muet exam. So, kebanyakannya pelajar Pra-U dalam mood study hard. kalau tak study hard memang membazir masa belajar setahun setengah. macam aku masih lagi mencari mode study hard aku. misi aku masuk pra-u nie memang nak masuk U. kalau xnak masuk U serupa aku duk rumah tidur. buang masa pergi sekolah.
Setelah hampir 13 tahun menghadapi zaman persekolahan akhirnya tiba masa untuk kami meninggalkan zaman persekolahan buat kali yang kedua. memang tak dinafikan yang zaman persekolahan, zaman yang menyeronokkan. dengan gelagat kawan-kawan, cikgu, rotan, awek-awek yang comel-comel dan yang pasti baju sekolah la. zaman sekolah tak banyak tekanan, tak hantar assignment pun xeffect markah final. hahaha..
memang aku akan rindukan zaman persekolahan.
P/S: Korang yang belum lagi habis SPM aku sarankan korang try amek STPM, seronok beb :D



memang seronok stpm,..
ReplyDeleteyeah. truly :D
ReplyDelete