Friday, 28 October 2011

my friend and i...

Sebenarnya aku takde idea nak buat entry blog. nak cerita pasal aktiviti harian? macam xbest je. nak cerita pasal cinta? lg xbest. so, aku nk cerita pasal my awesome friends.ok lets begin.

bagi aku, kawan-kawan nie umpama family kedua. Walaupun dorang kadang-kadang mulut macam cibai, tapi dorang sebenarnya baik. sunyi rasanya bila kawan-kawan takda. yelah, masing-masing dah besar dan semuanya sambung belajar jauh-jauh. tapi kalau dorang balik. lepak lah apa lagi.



bila takda kerja atau tak melepak kami lebih prefer untuk konvoi pergi mana-mana yang hati nak. yang first pic atas tu masa kami konvoi pergi Port Dickson. memang terbaik. yang second pic plak mse bersantai kat bukit antarabangsa. rindu nk keluar jalan-jalan macam nie. tapi itulah, dorang semua kadang-kadang je balik.


yang sebelah kanan tu shafirul atau kami semua panggil die jamban. yang belah kiri tuh aku. haha. dia nie kerap kali tak puas hati dengan aku. bukan pasal ape, sje je.(mungkin sebab banyak kali kowt  kene tapau ngn aku motor die tuh). haha. gambar nie memang kenangan sebab motor yang aku bawak tu dah hilang kena curik masa bulan puasa hari tuh. so, tinggal die sorang je la. kalau tak memang kalau gi mane-mane die suruh aku bawak moto tuh.


ini pulak GG. walaupun nampak kecik comel tapi bila bawak motor macam pelesit. motor dia memang terbaek. dia nie sekarang belajar kat melaka. kuat touching bila kne bahan. tapi memang tak nafikan die nie pasal motor memang expert.


haa. yang muke cam sengal sikit nie namenye khairil atau are-lem. suka sangat mengarut. dia nie owner ex5 biru no plat WTQ. katanya nak beli rxz tapi tup-tup dapat duit, die pergi beli basikal fit-c tuh. kadang-kadang aku pun heran dengan die nie.


nie marul atau apex. dia nie abang kepada gg. gila motor juga. owner FZ150i warna biru. dia nie raja konvoi n slalunya bila konvoi. dia jadi marsyal. keluarga dia nie memang gila motor termasuk bapak dia yang bekas polis terafik.


nie syairazi atau acai. mse kitorang snap pic nie die pakai wave125s. merungut sebab kena tinggal masa konvoi. tapi itu dulu la, sekarang dia pakai kawasaki 1000cc. pakcik dia hadiahkan. agak jealous juga la pasal die sebaya dengan aku dan dah pakai motor 1000cc. tapi nak buad camne, orang kaya kan?


sebenarnya aku malas nak cerita pasal kawan-kawan nie sebab panjang berjela. kawan-kawan kan ramai. tapi itulah. sunyi sangat tanpa dorang. sekarang nie masih menanti dorang balik dari kolej. and kita orang plan konvoi untuk pergi lentang, pahang. :)

Saturday, 15 October 2011

Kenangan kita bersama :')

HARI GRADUASI SMKSB 2011

pada tarikh 15/10/11 akhirnya majlis graduasi smksb yakni sekolah aku telah sempurna akhirnya. Ini kali ke-2 aku grad dekat sekolah ni. kali pertama masa aku form 5 dan sekarang form 6. cepat rasanya masa berlalu. akhirnya aku akan tinggalkan sekolah buat kali yang kedua.



















"wahai sahabat, wahai teman. setiap saat dan setiap kenangan alam persekolahan ini tak akan aku lupakan. perasaan, suasana dan kenakalan yang kita lakukan bersama-sama. semua ini akan menjadi satu memori yang sangat indah. aku amat berharap agar waktu dapat diundur supaya kita dapat mengecap kembali suasana itu. tetapi akhirnya kita terpaksa mengikut lumrah alam. abadikanlah kenangan dan nikmatilah sisa-sisa zaman persekolahan kita yang telah kita lalui selama 13 tahun. semenjak tadika hinggalah tingkatan 6. semoga kita semua berjaya menjadi insan yang berguna kepada agama,negara dan juga bangsa pada suatu hari nanti."
-muhammad syazwan bin mukhizan (pra-U A 1)-


sekarang adalah masa untuk aku tinggalkan segala kenakalan aku sepanjang setahun setengah di alam persekolahan dan mula fokus untuk kejayaan diri. insya'allah. aku amat berharap agar harapan aku untuk belajar dengan tekun bukan sekadar angan-angan mat jenin.

"Segenggam ijazah bukanlah bererti segalanya, tapi segenggam ijazah adalah penyeri segalanya"
-syazwan mukhizan-

Wednesday, 12 October 2011

Oh Muet...

okey, welcome to my blog kepada yang baru nak view blog yang tak seberapa dan selamat kembali kepada yang dah pernah view blog nieyh. ok la, hari ni aku nak cerita tentang muet yang aku dan kawan-kawan seangkatan hadapi pada tarik 11/10/11 < tarikh yang cantik.

  erm, nak cakap pasal muet nie bukan kali pertama aku ambil. nie kali kedua aku ambil muet nieyh. yang pertama masa bulan 4 hari tuh. dan aku mendapat band 3. pada mulanya memang tak nak repeat, tapi cikgu aku suruh repeat. repeat je la pasal aku bosan.

 masa dalam bilik kuarantin, aku dapat lihat pelbagai ragam kawan-kawanku yang bersungguh-sungguh study untuk dapatkan atleast band 3 untuk muet dorang. ada yang betul-betul study, ada yang main-main study ada yang malas nak study macam aku (bukan sebab dah dapat band 3, tapi memang tak minat nak study --')

walaupun ujian speaking akan berjalan dalam beberapa minit lagi aku lagi berminat perhatikan kawan-kawan aku daripada study. memang kelakar beb tengok dorang nieyh. nak tergelak pun ada. contohnya, macam dia nie
nama budak nie ravi. dia nie kire dalam budak-budak yang aku tak tau nak describe macam mana. dia nie selalu anggap exam umpama hidup dan mati. hinggakan monthly test pun kalau dapat lepas menjerit macam orang gila. masa sebelum muet speaking nie dia duk sibuk mintak maaf dekat semua orang dan dok peluk kawan-kawan macam nak pergi berperang. yang tak boleh blah tu. selalunya kalau dekat-dekat nak exam baru nampak alim dia. sebelum exam korang ley tengok dahi die putih bercalit dengan benda ape tah tu. semakin dekat ngan exam makin banyak, dah abis exam tak nampak la calit putih tu. kadang-kadang sampai ke leher pun ada.
nie pulak jas, die nie girfriend ke pada member aku dan merangkap budak kelas aku. selalu bising kat aku soh belajar. huhu. mse muet nie ade gak die soh aku study tapi disebabkan kemalasan yang melampau aku buat tak tau je. malas nak layan. haha



 macam yang korang tengok, ada yang study, betul-betul study, ada yang study sambil bergosip, ada yang study sambil makan, ada yang study sambil berdating, ada yang study dekat lantai n ada juga yang santai-santai. memang cool lah, memandangkan sekolah kitorang merupakan pusat peperiksaan, so kitorang diberi keutamaan dan menjadi first batch untuk muet kali nie. so, hanya ada group-group kitorang saja. agak kecewa jugak lah sebab aku harap ada budak dari tempat lain untuk aku berkenalan. hehe



untuk menghabiskan masa menunggu, aku tak tahu nak buat apa.so, nie lah cikgu yang aku dok kacau. muda lagi cikgu nie baru 24 tahun, bertugas mengawal budak-budak dalam bilik kuarantin. bersembang le dengan dia dari pagi sampai ler giliran aku. lama jugak la. belum kahwin tau, kalau tak silap aku. tapi ada jugak la dia bercerita tentang masa dia ambil muet dulu. band 4 katanya.

okey, dah masuk semua candidates, kitorang diminta tandatangan kehadiran. dah macam surat pajak gadai pun ada juga. lepas je tandatangan kitorang di larang keluar dari bilik kuarantin hingga tamat giliran kitorang. agak menyesal juga la pasal awal sangat aku datang. kalau lambat sikit pun takpe. pergi breakfast kat kedai mamak ke. dah la tak sarapan pasal bangun lambat.
ni pic terakhir yang aku sempat snap sebelum handphone kena serahkan kepada pengawas peperiksaan, kerana dikhuatiri kitorang mesej dengan budak-budak yang dah lepas untuk dapatkan jawapan kononnya la.
erm, handphone kena ambil memang bosan beb. tak tau nak buat apa, dah la giliran lambat lagi.

 then, setelah menunggu hampir beberapa jam, akhirnya tiba giliran aku. tak terasa sangat masa berjalan sebab aku bantai tidur sampai tiba giliran aku. tapi kesian gak dekat budak2 group aku yang beria-ria ajak aku training. dan akhirnya kitorang dapat task untuk bincangkan pasal blue collar job. erm, pasal garbage collector, road sweeper, toilet cleaner dan gardener. kitorang kena bincangkan apa sumbangan dorang kepada masyarakat. well, aku dapat task yang agak senang. sebagai candidate A aku kena bagi point pasal garbage collector. memang senang, tapi tu lah sampai masa nak cakap tu mula la sangkut-sangkut. aduh.

akhirnya, tamat juga speaking test kitorang, lepas je habis speaking terus lepak kedai mamak. sembang-sembang pasal muet. ingat nak pergi mandi sungai, tapi tak jadi pasal masing-masing ada hal. now, kne tggu bulan 11 untuk writing, reading and listening. hope all da best for me n all candidates.

To Be The Best, We Nee To Show The Best, Good Luck All Candidates.

Friday, 7 October 2011

Mengimbau kenangan d'waktu kecil (Power rangers)

hahaha... sorry to say. tapi aku baru je balik dari kerja. tengah penat-penat badan nie tiba-tiba aku teringatkan zaman kanak-kanak dulu. mase tu aku addicted sgt dengan power rangers. boleh dikatakan tiap-tiap hari tak pernah miss. kadang-kadang sampai ajak kawan-kawan sume datang rumah tengok power rangers.

  so, hari nie aku nak cerita pasal power rangers. haha. mgkin korang akan fikir yang aku masih kebudak-budakan well, i dont care and i dont even care.

Lets begin,
first story pasal waktu aku masih lagi belum bersekolah tadika lg. mase aku duk ulu kinta dekat kem PGA 69. wooo... mase tu tv tengah siarkan mighty morphin. korang tau kan?



ha nie la die mighty morphin. agak hebatkan? dulu aku paling minat kt blue ranger. hoho --' mighty morphin nie kalau tak silap aku siri pertama power rangers. xtau la betul ke tak. sebab nie la siri power rangers yang pertama aku tonton dlu. musuh utama dorang adalah Rita untuk first season. dorang puna guide adalah zordon. dorang nie gunakan robot dinosaur. tapi yang paling best bila green ranger panggil megazord. huhu. then mse second season dorang berlawan dengan lord zedd yang mengantikan tempat rita. then season three dorang berlawan dengan rito revolto. huhu.

nie pulak power rangers zeo. aku tak ingat sangat pasal yang nie. tapi yang pasti aku tonton siri nie masa aku tinggal kt kg aku, muar, johor. masa tu aku darjah satu. tak banyak yang aku ley cite pasal aku tak ingt sangat. almaklumlah, da meningkat dewasa :) tapi yang aku ingt untuk robot dorang nieyh dorang pki robot jet. (hoho)





haa, nie feveret aku. power rangers turbo. yang macam polis trafik tuh. siri nie boleh tahan best die gk pasal dorang pakai mpv untuk robot dorang. yang menjadi pujaan aku untuk season nie adalah red ranger. pasal aku selalu bergaduh ngn abg aku pasal red ranger. hahaha




nie siri power ranger in space. yang aku ingat pasal cerita nie. pangkalan utama dorang terletak dekat outer space. yang paling aku ingt pasal siri nie bile robot dalam siri mighty morphin tu masuk balik as guide utk dorang. ala, kalau korang pernah follow siri mighty morphin mesti korang ingat robot yang slalu sebut, "aiyayai"
ingat? tak ingat xpe la. janji aku ingat :D




nie pulak siri power ranger lightning rescue. kalau tak silap aku siri nie di dedicated untuk pasukan penyelamat di seluruh dunia atas usaha mereka menyelamatkan nyawa orang. ada persamaan dengan power ranger zeo. tapi kalau  korang perasan tali pinggang dorang tu ade mcm lambang kt ambulans. erm, aku tak ingt sangat pasal nie. mse cite nie ditayangkan kalau tak silap aku, aku da darjah dua-tiga. n aku da kurang follow siri-siri power rangers.


ok, yang nie siri wild force. mse cite nie dtayangkan aku dah darjah 4. aku agak kureng la. tapi bile tgk adik-adik aku bukak tv tgk power ranger aku pown ikut layan gk. hoho.
menggunakan tema binatang liar sebagai identiti dorang. robot dorang pown kebanyakan semuanya harimau. Auummm!




hehe... yang nie aku ingat. aku mula layan power ranger balik mse aku darjah 5. nie siri ninja storm. aku agak tertarik dengan siri nie sebab mse nie aku da start layan anime. and menggunakan tema ninja buat aku tertarik untuk layan cite nie. huhu... suke ble tgk dorang dptkan nasihat mahaguru yang d'sumpah menjadi hamster :D





nie siri dino thunder. lebih kurang mcm mighty morphin dan menggunakan konsep dinosaur. aku pown kadang-kadang je tgk siri nie sebab aku xlayan sangat . tp mse tu xde astro kan nk tgk cartoon network. so, kadang-kadang hari mggu kalau bosan aku tgk cite nie kt tv2. :D





hoho... nie power rangers SPD. aku tak tau sgt ape yg stand utk SPD tu tapi yang pasti dorang nie lebih kurang cm squad polis la. gunakan robot MPV yang ade siren cm kete polis tu. aku pon xingt sangat sebab aku tgk 2-3 episod je. pastu dah xtgk da. tp layan je la. letak gk dalam cerita ttg power rangers nie. hehe


ha... smpi sini je la yang aku ingat pun tp lepas tu aku tak layan dah. almaklumlah dah semakin meningkat remajakan. mula start layan naruto. tapi gentle weyh. siri-siri power rangers nie memang buat aku teringatkan zaman aku kecik-kecik dulu. macam mana aku berebut-rebut nak tgk cerita nieyh. camne aku bergaduh pasal power rangers. bercerita dengan kawan-kawan kt sekolah dengan riak yang penuh semangat. peh. kenangan beb. memori nie korang xkan boleh beli dekat mana-mana. tapi itulah world just go around. aku pun dah besar. bukan besar bermaksud xboleh layan tapi xsama la mcm dulu-dulu. lgpun dah xde mse nak tgk lagi. sekarang nie sibuk dengan study n kerja.

Im just hope to go back in the past when im still a kid and there no problem at all. just sit and watch the tv. :')

Tuesday, 4 October 2011

Mari bercerita tentang 150

Ok guys, welcome back.
Hari nie satu malam aku tak tidur sebab belek2 segala laman sesawang, forum discussion dan macam-macam web yang aku jumpa untuk buat review pasal motor yang akan aku beli nanti sebab aku dah tak larat nak bela motor wave125R aku yang asyik meragam. Memang dah lama teringin nak beli motor baru, tapi atas beberapa faktor yang tak dapat di elakkan terpaksalah tangguh dulu.

Memang banyak forum dan web yang bg spesifikasi yang menarik pasal motor-motor nieyh. hinggakan aku jadi pening untuk memilih mana yang berkenan di hati. bagi aku biarlah berbaloi dengan harga. sebab aku nak pakai ni bukan untuk short term. bagi aku sesebuah motor yang aku nak pilih biar boleh dibawa jalan jauh, saving dan yang paling penting bergaya.

ok lah, hari nie aku nak share sikit pasal-pasal motor 150 yang terdapat kat malaysia sekarang nie.
(sebab aku memang nak angkat 150 pun)

FZ150i/YZF-R15


Nie adalah model FZ 150i yang terdapat di Malaysia. pada asalnya datang dengan lampu bulat. tapi model yang baru nie datang dengan lampu bujur. model nie boleh dikatakan bergaya, cuma handle macam basikal. dari sudut lain, memang satu pilihan tepat untuk pengguna yang pentingkan gaya dan penjimatan. FZ menggunakan Fuel injection system yang tak memerlukan penggunaan kaburator dan sekaligus menjimatkan minyak.  Dan model ini mempunyai liquid Coolen (LC) yang pasti sesuai untuk jalan jauh. tetapi atas dasar keselamatan dan kesesuaian. HLYM telah meletakkan cutoff dkt ecu yang membuatkan FZ hanya boleh mencapai kelajuan 140/KMh standard.



nie pulak model YZF-R15. model dalam kategori YZF-R1. nie sebenarnya model FZ150i di India. Cuma Perbezaan dari segi fearing. Model ini datang dalam set fullfearing sama macam model YZF yang lain. dari segi gaya motor nie memang nampak garang dan bergaya.







SUZUKI BELANG
ni pulak model Belang dari Suzuki. berkapasiti 150 juga. tapi dari gaya lebih kepada Moped. Model ini datang dengan Dua-silinder iaitu menggunakan dua piston, yakni menambahkan kuasa pemecutan. System enjin motor ini boleh di set. sama ada mahu memilih set ekonomi di mana RPM tidak boleh melebihi 4x1000rpm++, atau lagi 1 aq tak ingat. Dan kalau ditutup system nie. RPM boleh diperah melebihi 10++ untuk pemecutan berkuasa. Amat berkuasa tapi kurang bergaya. menggunakan air coolen. tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh sekiranya korang jenis yang suka merembat sepanjang jalan.






KAWASAKI KIPS 150RR
Ha, ini pulak model KIPS 150RR keluaran kawasaki. menggunakan Engin 2stroke, dan sistem single silinder dan sistem Kips yang memastikan penunggangan yang seimbang dan berkuasa. tapi yang pasti model nie datang dengan Liquid Coolen sama seperti FZ150. Model ni menjadi pilihan pemuda-pemuda zaman sekarang yang sukakan kelajuan. Almaklumlah, RXZ dan 125z sudah di berhentikan pengeluaran. So, inilah pengganti dua model yamaha nie. :D


HONDA CBR150R 
nie model cbr150r adik beradik kepada Model CBR sedia ada. dari segi gaya agak kurang sedikit kerana body yang kecil dari depan nampak ala-ala motor masked rider tapi dari tepi nampak macam superbike pun ade. menggunakan system 4stroke dengan single silinder dan liquid coolen sesuai untuk perjalanan jauh dan berkuasa. mempunyai 6kelajuan. tangki minyak yang berkapasiti 10liter. dari segi kelajuan motor nie boleh dikatakan tip-top juga, tapi dari segi gaya aku kureng sikit la. tapi boleh dikatakan dalam senarai juga lah :D




KAWASAKI KLX150
nie model KLX 150. sebenarnya aku tak tahu sangat pasal motor nie dan malas nak buat review. motor nie dalam kategori motor off-road tapi amat bergaya jika di pakai on the road. aku dah tgk, memang style. tapi dari segi kelajuan tak tahu la. memang bergaya, aku pernah bayangkan aku tunggang moto nie dengan pakai helmet fullface die, seluar short jeans, tshirt, glove dan sneakers+beg memang style beb. ditambah dengan ekzos nobi untuk buat bising. fuh!


hahaha. ok lah sampai sini je lah celoteh aku pasal motor nie. bukan pandai sangat pun. just nak berkongsi pendapat. kalau rasa-rasa ada yang salah, sila luangkan masa untuk comment kayh :D